Mushy Zaini

Post 11 : Tips Pilih UPU Lepasan SPM 2017

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum dan selamat malam semua, okay baik harini Mus nak share sikit untuk panduan pemilihan UPU yang akan berlangsung setelah anda semua menerima result SPM terutama bagi calon lepasan SPM 2017 yang lalu.Okay, Mus taknak cerita banyak memandangkan mesti ada jugak korang dengar dari senior-senior or maybe dari your parent or who else la kan. Mungkin benda sama jugak korang akan dengar.

First of all, bila dah dapat result tu nanti banyak-banyak kan bersyukur and jangan berasa puas atau kecewa sebaliknya terus bangkit untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Kalau ada yang expect result tinggi ka atau actual result dia lebih baik dari apa yang dia expect pon still kene bersyukur ok. Sebab apa, sebab semua yang korang dapat tu berkat tahap usaha korang plus, rezeki korang and mungkin juga ujian dari Allah supaya korang lebih berusaha, 


Antara tips dia :

Tips 1. Korang set-up kan apa yg korang nak jadi bila dewasa nanti
atau korang suka buat apa minat buat apa. apa yg korang kalau study korang tak rasa penat atau fedup/korang sendiri rasa seronok. 

Reason : semua yang kita nk buat ni berdasarkan apa yg kita minat. ada banyak kes even kawan Mus sendiri pun, parent yg paksa atau minta diorang ambil course tu walaupun diorang takminat. tapi banyak yg Mus perhati lah, even diorang kena paksa pun Alhamdulillah diorang dah berjaya sekarang. so, kalau siapa yg kene paksa atau telah ditetapkan tu, korang cuba la istikharah balik, mana tahu pilihan ibu&ayah itu yg terbaik, mana ada seorang ibu&ayah kat dunia ni nak tengok anak dia gagal atau dapat result bagus then kerja biasa-biasa. Jadi, Mus rasa turuti itu lebih baik. inshaAllah akan dipermudahkan, dari tak minat pun boleh minat.

Tips 2. Berdasarkan apa yang korang minat tu, korang search Universiti Awam mana yang ada tawarkan.

Reason: korang search dulu, jangan based on result lagi, tengok mana yg korang berkenan. Sebagai contoh macam Mus dulu, Mus nak sambung Accountancy, dan nak tolak tepi semua subject Science even Mus dari MRSM, sebab apa? sebab Mus sendiri rasa benda tu takde dalam jiwa Mus, sebab Mus suka kira, suka number and suka tup tap tup tap calculator hehe, then Mus buat 3 jalan.

Jalan 1st = Ambil Cat dekat Kuptm/Intec then continue ACCA.
Jalan 2nd = Ambil Foundation Management dekat UUM/UIAM, direct terus Degree di sana.
Jalan 3rd = Ambil Matrikulasi then continue Degree in Accountancy di Universiti Awam

Dan alhamdulillah, berdasarkan ketiga-tiga jalan ni, semua jalan Mus berjaya diterima. Namun Mus tolak jalan 1st kerana Mus hanya berjaya buat CAT di Kuptm dan yuran agak mahal sementara nak tunggu Pinjaman MARA, *Taknak susahkan family. so Mus tolak dengan berat hati walaupum CAT-ACCA ni lah Mus paling nak sangat buat. Kalau under INTEC, Mus tak dapat, sebab ada masalah BI. Nak masuk Intec kene Math and Bi A sekurang-kurangnya and Mus dapat Bi B+. 

Jalan 2nd, alhamdulillah disebabkan Mus letak under !st choice dekat UPU, so Mus layak ditapis untuk Interview. Dan alhamdulillah berjaya masuk menjadi seorang pelajar Foundation in Management, UUM, Sintok, Kedah.

Jalan 3rd, Actually mus memang nak elak sebab mus tau jadual dia packed. so Mus kalau boleh nak elak sebab mus nak try hidup dalam suasana berbeza, dah taknak surrounding macam Secondary School. Dan akhirnya Mus pilih jalan 2nd iaitu buat Foundation and continue Degree. Syukur !

Tips 3: Check kelayakan mengikut result

Reason : supaya pilihan semasa isi UPU nanti korang tak letak course yg korang tak layak mengikut kelayakan korang and nanti tak dapat terus kang. so check betul-betul. penting. yang mana priority korang suka better put in ranked 1-3. selalu nya rank 1-3 ni untuk course Foundation yang ada *. *bermaksud ada interview, so yg mana ada * utamakan letak dulu. baru anda akan ditapis untuk interview untuk sesiapa yg nak apply foundation. kalau yg xnak. nak apply diploma saja pun boleh tapi letak ikut korang paling suka. ok?


p/s; And kalau nak lebih teratur, make sure korang buat Jalan-jalan macam Mus buat tau. At Least you have another plans untuk go through kalau Plan A tak berjaya hehee. Best of Luck ! Any questions just let me know. heheh Thankyou :)

0 comment (s) | Jom comment (s)

Thanks for reading. Any suggestion/comment. Kindly drop your opinion here !


Author


Musfirah Zaini - 18.
Foundation Studies in Management's Student,UUM
I'm Believing myself than others,

nurmusfirahzaini@gmail.com


My Followers